Gerakkan Tanah Air, GTA mempersoalkan tindakan UMNO mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen pada tahun ini.<br /><br />Pengerusi GTA Kelantan, Datuk Ibrahim Ali berkata desakan itu dilihat seolah olah bertujuan menghalang rakyat keluar mengundi kerana pilihan raya nanti sudah pasti berlaku semasa musim tengkujuh di beberapa negeri.